Diskriminasi Warna Kulit

Assalamualaikum guys,
“Kulit yang hitam bukan tanda hatinya mati.”

Banyak kali jugak aku baca orang tulis pasal warna kulit ni, post provokasi, post diskriminasi terhadap orang kulit hitam. Selalu aku biarkan je, tapi kali ni, aku rasa terpanggil nak tulis. 

Ya, aku nak kongsi pengalaman manis aku dengan orang kulit hitam. Yang korang panggil nigga tu. Perkataan tu offensive, sama macam korang panggil Indians pariah (pariah= golongan kasta paling rendah di selatan India). Sebab tu orang India kat Malaysia ni marah korang panggil pariah.

Pengalaman ni sangat significant dan masih fresh lagi dalam otak.

Masa mula-mula sampai Beijing, aku tak kenal sesiapa pun, contact number orang Malaysia di Beijing pun aku tak ada. Setakat number office Embassy jela. Tapi ada sorang lelaki kulit gelap ni, Brian, dari Zimbabwe, dia orang first yg tegur aku masa aku nak register dekat International Student Office. Kenalan foreigner yang pertama aku ada di Wechat. 

Dia offer aku air, katanya aku nampak letih sangat. Memang aku letih, tak tidur lebih dari 24jam. Ramai jugak yang ingat muka high aku tu sampai sekarang. Mana tidaknya, dalam flight tak boleh tidur, uncle sebelah ajak bersembang, dan ditambah pula perasaan bercampur-baur nak mulakan hidup baru sorang diri, tinggalkan Malaysia. Sampai airport Beijing pukul 4AM, sampai uni hampir pukul 7AM, so aku terus pergi office, tunggu office bukak pukul 8AM. Dia la teman aku breakfast Subway Chicken Tandoori yang aku sneaked dari KLIA. Dan kitorang jadi member sejak tu.

Syok pula sembang pasal Brian ni, kejap aku sambung lagi. Sejak dari tu, tiap kali jumpa aku, kalau kat tangan dia ada buah ke apa, mesti dia offer. Tiap kali jumpa memang aku senyum, kita orang Malaysia dah biasa senyum dari cakap ‘hai.’ Ditakdirkan aku pindah ke Tingkat 5, apartment takda lif. So masa aku nak pos barang ke Malaysia, aku bawak dua luggage, satu yg paling besar, satu lagi luggage kecik. Terserempak dengan dia dekat tangga Tingkat 5, aku nak turun, dia nak naik. Tau dia cakap apa? “Come, I’ll help you, you’re too small to do this alone.” Lol. Luggage tu memang berat, 20 kg lebih yang besar tu. 

Dah sampai bawah, dia tanya mana kuaiche (Grab) aku? Aku kata kat gate luar. Aku pun ucap terima kasih, biar aku tarik sendiri sampai ke gate luar, tapi dia kata “Nevermind I’ll help you, because you always smiling every time we met.” Hahah. Memang struggle nak menarik 2 luggage terus, angin kuat, berat, jauh pulak. Masa ni aku fikir, function jugak senyuman aku selama ni ye?😂

5 kali aku angkut luggage turun ke bawah, semua penuh barang. Sekali Brian tolong angkat, lagi 3 kali sorang African ni. Tesfai namanya kalau tak silap, aku pernah ketuk bilik dia mintak garam pukul 12 lebih, terlupa garam habis:joy: Dia nak naik ke bilik, 3 kali hari berbeza tapi waktu yang sama aku terserempak dengan dia kat tangga Tingkat 5. Mula-mula dia tanya, “Can i help you?”. Hari ke-2 dan ke-3 dia tak tanya dah, dia nampak je aku, gelak, terus dia ambil luggage besar tu bawak turun.

Lepastu aku ni jenis masak tengah malam, lepas pukul 12AM, sebab sampai bilik dari lab pukul 11PM selalu. Malas nak berebut dapur, public kitchen kan. Lagi satu, dorang ni sensitive dengan cili, kalau aku rebus cili untuk blend pun dorang dah bersin batuk-batuk. Aku pulak suka makan pedas. 

Tingkat 5 ni ada 23 bilik, 2 je bilik perempuan, yang lain semua lelaki, ramai Africans, Central Americans. So kalau aku masak malam malam, kadang dorang suka teman. Borak-borak. Ada jugak aku buat kek batik, aku share dengan dorang. Soalan dorang, “I don’t understand, why do you need to cook biscuit? We can eat directly.” Adoi kelakar. Bila dorang dah makan, tau pulak mintak resepi!

Lepastu, dalam kelas bahasa Cina, tablemate aku Jamaican. Bagus orangnya, umur 34. Selalu cakap benda yang positif. Kadang-kadang kitorang sembang benda-benda deep, pasal kehidupan. Pasal cabaran hidup masing-masing, pasal masalah research, macam-macam. Sampai sekarang aku keep in touch dengan dia.

Kalau lama tak terserempak dekat kampus, mesti dorang contact aku, tanya ok ke tidak? Padahal bilik satu aras. Tapi tak terserempak. Masing-masing busy dengan research.

Ok lepastu, masa aku nak pindah bilik dari Tingkat 3 ke Tingkat 5. Masa ni aku mintak tolong dia lah untuk angkat peti ais aku. Aku kata, “I need your muscles to workout with me, help me move my refrigerator to 5th floor:grimacing:” “Okay let’s do it!” Summer-body workout katanya. Lol, dia lah yang tolong aku. Letihnya ya Rabbi. Bukan senang nak naik tangga bawa peti ais. 

Lelaki kulit gelap searas aku ni rajin memasak, kadang dorang masak kari vegan, dorang bagi semangkuk. Kadang masak bubur labu. Dorang ni kalau guna dapur, memang dorang akan kemas balik, lap semua siap. Common sense katanya. Kadang kalau ayi (makcik) cleaner tu tak datang kemas dapur, dorang ni jugak la yang ambil plastik sampah pergi buang dekat tong sampah luar apartment. 

Pernah aku nak masak, aku merungut dapur kotor gila, sebab ada beberapa students ni memang jenis malas mengemas dapur lepas guna, singki tersumbat. Sampah penuh atas lantai. Memang tak selera aku nak masak kalau dapur sepah. Masa ni ada la 2 3 orang lelaki kulit gelap ni, dorang nampak aku, terus dorang datang dan tolong aku kemas satu dapur tu. Kutipkan sampah atas benches sambil aku menyapu, betulkan singki-singki tersumbat tu. Bukanlah niat kemas bagi berkilat pun, kemas sebab aku nak masak je. Pastu lagi ada yang tolong lap lap, sambil tu dia pergi ketuk pintu bilik budak yang buat sepah tu, sekolahkan - topik 'common sense'. 

Lepastu kalau hari Jumaat, dorang suka wish kat aku, “Andi (nama Cina aku), happy Jumma (Jumaat).” Boleh dikatakan tiap-tiap minggu kalau hari Jumaat dan terserempak dengan budak-budak ni, mesti dorang wished. Kelakar pun ada. Hahah. Padahal hari biasa je, tapi sebab dorang rasa haritu istimewa untuk Muslim, sebab ada lelaki Muslim pergi solat Jumaat. Bolehlah, aku layankan je, menghargai usaha orang yang cuba nak memahami budaya dan cara hidup kita. 

Banyak lagi cerita aku dengan orang kulit gelap ni. Cukuplah setakat ni je dulu.

One of my best Jamaican buddies, we went for a hiking. From right: Latoya, Rashie, and Lyle.

Saja je nak bagitau, manusia ni jahatnya bukan ikut warna kulit. Asal hitam je jahat, neraka tempatnya. Asal putih je disembah macam Tuhan. Pengalaman kita mungkin berbeza, ada yang indah, ada yang tidak, tak dinafikan ada juga yang buat jenayah di negara kita, tapi selagi orang tu biasa dan tak cause any harm kepada kita, bersifatlah kita seperti manusia yang punya akal. Mereka juga punya hati. Kulit yang hitam bukan tanda hatinya mati. Kalau ada hati yang mati sekali pun, barangkali antaranya itu adalah hati kita, hati yang egois mendabik dada.

Dan jangan lupa, orang Malaysia juga ada buat jenayah di negara luar, yang genius Math pedofilia tu bukan orang kita ke?


Sekian,

Atiqah.



Comments