Review Buku Travelog ET: Kembara Afghanistan

Assalamualaikum,

Minggu lepas aku beli buku Travelog ET: Kembara Afghanistan dan Salam Kembara Pakistan. Dalam minggu MCO ni ada baiknya kita isi masa dengan perkara yang lebih berfaedah. Terlalu asyik dengan media sosial juga tak bagi faedah.

Dah lama teringin nak baca, Alhamdulillah hari Rabu minggu ni aku dah dapat bukunya. Menarik.

Masa aku contact ET di Facebook Page-nya, dia dah maklumkan buku Kembara Afghanistan ni stok yang lama, boleh ke aku terima? Takde masalah, sebab yang penting isi kandungannya. Lagipun, buku tu dah ada discount dah. RM30 untuk dua buah buku termasuk postage. OK dah tu, nak dibandingkan dengan usaha, masa, duit, pengalaman orang yang menulisnya.

Kalau nak beli buku Travelog ET; ini link Facebook Page dia. Boleh direct terus contact dia.

So, aku peruntukkan masa lebih kurang 5 jam untuk habiskan buku Kembara Afghanistan ni, termasuk beberapa external distraction semasa membaca.


Komen aku untuk buku ni;

1. Tahniah ET, sebab berjaya dengan kerja gila ini. Percaya Allah itu berkuasa. Disebabkan keberanian ET, harini aku dapat baca pengalaman dia. Gila, memang gila.

Aku dapat rasa dan bayangkan apa yang ET cuba sampaikan. Jiwa tak kenal erti putus asa, sukakan cabaran, suka mencari tahu dan tidak percayakan media massa semata-mata --- aku mungkin belum sampai ketahap seberani ET, tapi harap suatu hari nanti aku boleh travel ke tempat-tempat macam ni.

Mencari kehidupan yang tak dipandang orang kebanyakan.

2. Seterusnya, bahasa yang digunakan pun mudah nak difahami. Bahasa orang mengembara, bukan bahasa yang terlalu sastera. Aku suka kalau penulis masukkan lebih banyak 'random thoughts' dan 'self-reflection' sepanjang backpacking bersendirian.

Aku percaya sangat banyak. Sangat banyak kita akan mengagumi kuasa Tuhan. Sangat banyak pengajaran kita ambil di setiap tempat yang kita pergi. Pertolongan-pertolongan yang tak disangka-sangka yang Tuhan hantar, aku percaya benda-benda ni buat solo backpacker berfikir.

'Me-time' buat aku lebih menghargai banyak perkara.

3. Selain tu, aku mengharapkan lebih banyak gambar dalam buku ni. Contohnya view suasana bazaar. Di kawasan seperti ni, bazaar tu umpama mall yang gah. Untuk pembaca yang tak pernah pergi ke tempat-tempat sebegini, aku tak pasti sama ada mereka dapat bayangkan atau tidak macam mana rupa bazaar yang dimaksudkan.

Pada aku bazaar adalah tempat yang paling penting untuk kita melawat disetiap tempat yang kita pergi. Bukan untuk membeli-belah, tapi lebih kepada untuk lihat masyarakat disitu. Macam mana cara mereka berjual-beli, apa yang dijual, ada barangan antik, ada haiwan ternakan, ada deko dalam rumah, pakaian dan sebagainya.

4. Pemilihan jenis kertas. Aku sangat suka jenis kertas yang ET gunakan, traditional uncoated cream paper. Menambah minat untuk aku membaca, ringan.

5. Oh ya, lupa nak bagitau, aku sangat suka buku ni sebab penulisnya jujur. Dia happy, dia bagitau dia happy. Dia sedih, menangis berkali-kali, dia bagi tau dia menangis. Menunjukkan setiap yang kita buat, walaupun itu pilihan yang kita nak, tapi Tuhan tetap datangkan ujian dengan setiap pilihan yang kita ambil.

Part ni jugak menunjukkan yang penulis transparent, bagitau kita yang; 
Strong women also have their limit. Strong women also can break at some point. 
Kita juga manusia, yang tak sentiasa kuat, adakalanya kita jatuh, adakalanya kita sedih. Sebab kita manusia, kita ada air mata, kita tau apa itu penat dan lelah. Kita tak sempurna.

Ini bagi aku lebih inspirasi, bahawa normal untuk kita rasa macam tu.

Konklusinya, aku suka pengalaman gila ET dalam buku ni. Wanita yang berani. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup ET untuk terus mengembara, mencari segala nilai dan makna hidup, merasa sendiri segala disebalik apa yangdiwar-warkan media, memberi inspirasi kepada semua solo female backpacker.

Kalau korang semua berpeluang, keluarlah tengok kehidupan orang lain. Because the world doesn't only revolve around you.

Ok cukup lah setakat ni ulasan aku. Next, Salam Kembara Pakistan!

Sekian, terima kasih. Salam Ramadhan.

Comments

  1. I saw your comment dekat blog about ALAM. Boleh tak akak comment pasal pros and cons masuk ALAM for girls.

    ReplyDelete
  2. Hai sis.can I know a lil about ALAM test ? I saw ur comment on others blog about ALAM.i really need ur help rn

    ReplyDelete

Post a Comment