Bila Kita Kecewa, Allah Hantar Kasih Sayang

Assalamualaikum guys,

Tiba-tiba rasa nak menulis pulak masa MCO (Movement Control Order) ni. Tenang betul Ramadhan 2020, disebabkan COVID19 ni bolehlah kita manfaatkan masa banyak sikit dekat rumah. Nikmati bulan puasa ni betul-betul. Rezeki, Allah datangkan penyakit untuk mengingatkan kita, banyak hikmahnya.
Langit pagi Ramadan yang pertama.

Alkisahnya, pagi tadi lepas Subuh baca Quran, teringat masa waktu kat China. Masa tu awal-awal Disember 2017. Aku struggle sangat-sangat masa tu. Rasa tak cukup pandai. Lost dengan persekitaran yang aku rasa sangat laju.

Kenapa orang boleh tau banyak knowledge tapi aku tak?
Kenapa orang lain supervisor dorang guide tapi aku kena buat semua sendiri?

Masa tu terus question semua benda. Sedih dan rasa sangat kecewa dengan diri sendiri. Rasa tak cukup bagus. Rasa tak competence nak sambung master.

Dulu lepas habis degree, lepas buat FYP (final year project) aku rasa macam, "wow, aku dah cukup ilmu nak sambung study postgrad." Lol. Kelakar. Entah apa yang aku fikir pun taktau. Rupanya ilmu Allah tu luas. Apa yang aku tau tu sikit sangat. Tak ada yang nak dibanggakan.

Sebab tu aku rasa overwhelmed bila masuk kelas orang lain tau lagi banyak dari aku. Rasa lacking dalam semua benda. Sedih. Kecewa. Tapi masa tu aku dah pun mulakan, Allah dah makbulkan doa aku nak sambung postgrad. Nak tak nak kena teruskan.

Perjalanan yang sunyi, yang dari awal lagi aku dah tau aku kena tempuh sendiri. Tambah pulak sambung luar negara. Nak lari balik kampung mustahil sangat. Harga tiket kapal terbang pun tak berbaloi kalau nak balik seminggu dua je.

So minggu yang aku rasa sangat lemah tu, minggu tu students Beiyu (Beijing Language and Culture University) ajak aku baca Quran sekali. Usrah lebih kurang. Kat Uni ni ramai budak Malaysia, kebanyakannya pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Aku pun petang tu balik dari kampus terus ambek basikal pergi Beiyu. Mulanya rasa macam taknak pergi. Dah letih dari pagi kelas sampai ke petang, ulang-alik kampus pun dah ambek masa 2 jam pergi balik. Tak biasa dengan cuaca sejuk lagi, sebab masa tu musim sejuk. Bulan Disember suhu dah bawah 5°C dah. Kalau malam memang suhu bawah 0°C. Tapi gagah jugak, sebab rasa nak dapatkan sikit 'fresh air'.

Tau-tau Allah hantar budak-budak ni untuk tenangkan hati :)

Dorang ajak sembang pasal Surah Ar-Rum, Ayat 36-37.


وَإِذَآ أَذَقْنَا ٱلنَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا۟ بِهَا ۖ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌۢ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ (٣٦ - 36)
And when We let the people taste mercy, they rejoice therein, but if evil afflicts them for what their hands have put forth, immediately they despair.
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.
أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (٣٧ - 37)
Do they not see that Allah extends provision for whom He wills and restricts [it]? Indeed, in that are signs for a people who believe.
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
[Ar-Rum -
سورة الروم
 30:36 - 37]
Allahu. Bila baca terjemahannya, bergenang terus air mata.

Sejujurnya memang masa tu rasa macam Allah jentik hati ni kuat betul. Struggle dalam study, nak adapt, lepastu struggle nak cari tempat solat. Sebab waktu solat in between waktu kelas. Musim sejuk pulak waktu siang jadi pendek, lagi lah kena solat cepat-cepat. Nama pun duduk negara bukan Islam, memang tak lah nak jumpa ada surau. Jadinya kena cari tempat-tempat kosong kat mana-mana untuk solat. Lepastu struggle nak ambek wudhu, air MasyaAllah punya sejuk. Pedih kulit tiap kali ambek wudhu. Sebab toilet kat kelas takda heater.

Tapi tulah, ayat Surah Ar-Rum ni pujuk balik hati yang dah mula berfikir untuk putus asa ni. Lol. Lemahnya.

Ditambah pula dengan rasa sunyi hidup masa tu. Kat uni aku, aku sorang je Malaysian Malay, lepastu ada la dalam 6 orang lagi Malaysian Chinese. Tapi dorang undergrad, jarang gila jumpa. Basically memang aku sorang-sorang. Baru lagi, banyak benda taktau lagi.

Supervisor busy, sepanjang buat master 2 tahun, kurang dari 5 kali jumpa SV untuk discuss pasal project. Segala benda kena buat sendiri. Ya tahu, postgrad memang perlukan kita untuk berdikari dengan minima seliaan. Tapi SV aku ni, busy dia sampai email proposal pun dia tak reply. Lol. Katanya dia akan baca, tapi dia cuma bagi general conclusion je. Takda apa yang dia betulkan. Lol. Aku pasti kerja aku tak sesempurna tu untuk dia tak betulkan. Lol. Nasiblah ada biweekly journal club meeting. So bila present dekat depan labmates semua, dorang yang fluent cakap English ni akan soal lah. So barulah tau kat mana nak cari kesilapan diri sendiri tu.

Dalam journal club meeting tu pulak, kalau turn labmates aku yang present, ada la certain yang akan buat Powerpoint slides in English. Tapi dorang ni semua wow sangat. Sangat sikit tulisan kat slides, semua dorang describe sendiri tak tengok slides pun. Analyzed data semua keluar ikut mulut, takda baca slides pun. Tapi slides jela dalam English, present dalam Chinese lol. Tapi ada jugak orang lain yang slides dalam Chinese, present memang taklah nak guna English. Struggle sangat aku masa tu. Ingatkan boleh tambah banyak knowledge sebab project dorang memang hebat-hebat, tapi sayangnya aku tak dapat. Ended up aku belajar Hanzi (Chinese characters) dalam meeting tu, bukan belajar biotechs, lol.

Ditambah lagi struggle, kelas aku untuk international students kena campur pelajar masters dan PhD. Allahu. Ada la certain budak PhD yang berlagak sikit, banyak methods dalam biotechs tu dia suruh lecturers skip slides dengan alasan dia dah tau. WTH? Mula-mula aku bagitau jugaklah yang aku tak belajar lagi methods tu, jangan skip. Tapi kalau dah banyak sangat slides dia suruh skipped, aih, memang sakit jugak la hati ni. Takda common sense.

Tapi tulah, selepas beberapa kesukaran yang aku hadap ni, surah ni sedarkan aku. Betapa aku lupa rahmat Allah tu luas. Ujian yang Dia bagi tu sikit je nak banding dengan nikmat yang Dia bagi dan akan bagi. Sejak tu, bila aku letih dengan lab, dengan keadaan sekeliling aku, aku akan tengok balik surah ni.

Allah hantar kasih sayang Dia, betul betul disaat aku memerlukan. Terharu. Rasa macam Allah tengah bercakap dengan kita. Direct. Bergenang air mata aku. Allah tu ada, Dia dengar keluhan aku. Alhamdulillah. Indah ya rasa dia bila hati kita didengari ni. Tak tau nak cerita macam mana, cakap dekat orang, susah nak explain. Sebab diri sendiri pun taktau nak cerita macam mana. Tak tergambar.

Allah dah bagi apa yang aku nak. Setiap yang diberi, akan ada ujian. Bila Allah makbulkan doa kita, bukan main lagi kita happy. Tapi bila Allah datangkan ujian, kita soal, "Kenapa mesti aku?". Typical. Ya, sebab kita manusia, dan kita kurang bersyukur :)

Itu jela kot untuk hari ni. Hehe. Selamat berpuasa untuk semua Muslim. Ramadan 2020 ni sangat berbeza, manfaatkan nikmat masa lapang yang Allah bagi ni.

Terima kasih. Bye.

Comments