Ini untuk Kamu dan Aku

Hi.
" Once they stop talking to you, they start talking about you."- Anon

Aku cuba untuk tidak bermuka-muka. Berlagak baik didepan, tapi dibelakang mengeji, itu talam dua muka namanya.

Aku harap, apa yang lepas antara aku dan kamu, biar kita sahaja yang tau. Cerita kita, untuk kita. Bukan untuk dicerita dan dijaja.

Baik dan buruknya aku pada kamu, dan kamu pada aku, kita simpan. Bukan untuk tunjuk cerita kita hampir infinity kesempurnaannya atau apa, tapi untuk menjaga supaya takkan ada lagi yang lebih terluka.

Sebab?

Hati.

Kalau yang didalam tu sakit, semua akan jadi sakit. Dan tak semua orang bijak sembunyikan rasa. Kadang-kadang dalam berlagak macam biasa tak ada apa-apa, tersilap langkah juga sampai rasa didalam ter-reflect sampai ke luar.

Apa pun, berlakulah adil.

Aku tak kisah jika kamu mahu jadikan cerita kita topik perbualan kamu. Ceritakan silap aku pada kamu. Tapi jangan lupa untuk ceritakan juga silap kamu pada aku. Itu lebih adil untuk mereka yang setia mendengar dan membenarkan segala cerita hati kamu sekaligus mengadili siapa dan buruknya aku.

ini. Pantai yang kita pergi haritu ^^
Tapi aku tahu, kamu bukan begitu :)

cuma aku harap, kamu belajarlah untuk setia. kerana bila suatu hari nanti kamu sudah benar-benar bersedia, aku takut kamu akan kecewa. aku takut kamu tidak cukup kuat untuk itu semua, cukuplah aku sahaja yang rasa. aku harap kita akan baik-baik saja.

yang aku tahu, kamu kuat untuk buat aku gembira (",)

Dan untuk yang mahu menyakiti, bertindaklah seperti seorang dewasa. Boleh bukan?

kepada yang menasihati, terima kasih untuk itu. aku sangat menghargai, walaupun pada mulanya ada krisis sewaktu awal-awal kita kenal :)

Comments