Untuk Mak Ayah, Sekali Seminggu Pon Jadilah

Assalamualaikum.

hello ebelibadi :D

*makin hebat english guwa sejak attend kelas public speaking ni*

sebenarnya, nak tanya korang, minggu ni je dah berapa kali korang call mak dan ayah korang? setiap hari? dua hari sekali? seminggu sekali? ke tunggu mak ayah call?

hm. aku pon jarang call mama abah. tapi dalam seminggu mesti call jugak, tapi mungkin dalam sekali dua tiga kali.

mungkin jugak sekali.

kadang-kadang mungkin jugak seminggu lebih sekali.

dan mungkin jugak mak aku yang akan call tanya, "busy ka this week? sampai tak dengaq berita langsung ni. awat tak call mama?"

teruk bukan?

sejak dari sekolah menengah lagi aku jarang call rumah.
mahu belajar hidup sendiri barangkali.
mahu belajar hidup jauh dari ibu ayah.
mahu belajar cekalkan hati.
mahu belajar kuatkan diri.
mahu berdikari.

tapi kadang-kadang semua tu boleh buat mak ayah kecik hati.

mungkin tak ditunjuk, tapi rasa tu mungkin ada, mungkin.

bila aku call kata rindu nak balik rumah, rindu nak makan sambal terung mama, rindu mama abah, mama selalu kata,
"sabaq lah. tak lama ja lagi nak balik rumah. ni dah call okaylah tu. nak buat cemana? dua-dua kena berkorbanlah. anak-anak kena berkorban duduk jauh dari mama abah. mama abah kena berkorban nak lepaskan anak-anak pegi belajaq jauh-jauh. nak tengok anak-anak berjaya, sama-samalah kena korban."

tapi tak dinafikan, aku jarang cakap rindu kat mama abah. selalunya aku cakap aku rindu sambal terung mama je. segan barangkali. tak, mungkin lebih kepada mahu dilihat sedikit kuat bila duduk berjauhan, takmahu susahkan hati mak ayah.

nak dibandingkan dengan adik and kakak aku, dorang lagi banyak call mama abah. mama terutamanya. memang tak dapat nak dinafikan, dari dulu lagi macam tu.

mama kata walaupun kakak duduk jauh seberang laut cina selatan, tapi mama rasa kakak macam dekat ja. sebab kakak selalu call. walaupun timing kakak call kadang-kadang tak kena dengan timing mama, tapi kakak selalu call.

tak kena timing sebab, kadang-kadang kakak call masa dia free pukul 6 7 pagi nak pergi kerja, tapi time tu mama tengah buat breakfast, siapkan keperluan abah nak pergi kerja. sedikit kalut masa awal-awal pagi tu.

takpon kakak call pukul 7 lebih masa maghrib. time tu mama nak semayang mandi semua. kakak call sebab maghrib kat sarawak awal, tak sama dengan maghrib kat semenanjung. masa tu dia free.

kalau adik, mungkin dia sedikit busy. budak sekolah, terikat dengan peraturan maktab. ada prep, ada masa makan, ada masa riadah semua. adik lagi banyak texting. tapi still rajin contact mama.

terutamanya masa nak topup, lagilah. tetiba masuk text kat phone mama, " 0111****** ask a topup RM 10 from you. Reply Yes bla bla bla " -,-

walaupun timing kakak kadang-kadang tak kena, tapi antara aku, kakak dan adik, kakak paling selalu call.
tapi mama tak salahkan kakak, sebab masa tu kakak free, dia kerja shif, jadi dia ikut masa yang dia sempat dan masa yang dia ada sikit tu untuk call mama.

bandingkan dengan aku. mama kata antara tiga-tiga anak dia yang duduk jauh-jauh, aku lah yang paling jarang call mama.

bukanlah terasa dengan kata-kata tu, itu memang fakta. hakikat.

tapi jangan risau mama abah.

setiap kali tangan ni diangkat untuk aminkan doa, doa untuk mama abah tak pernah tertinggal lagi, setakat ini. insyaAllah istiqamah ini sampai mati. doakan.

setiap kali baca Al-fatihah, sentiasa surah ini disedekahkan untuk mama abah. buat pengubat rindu. mungkin berhubung melalui Pencipta ini lebih banyak daripada perhubungan melalui Dato' Seri Mohammed Shazalli Ramly *CEO Celcom* .

kadang-kadang, ada jugak mintak Allah sampaikan salam rindu untuk mama abah. baca doa rindu, tak lama lepastu mama call. terdetik barangkali. Alhamdulillah, doa termakbul. mungkin sebab terlalu ikhlas.

cuba baca ayat bawah ni.
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat. 

» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu. 

» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang. 
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai. 
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.  
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”  
Tetapi, 
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”. 
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”. 
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki. 
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena. 
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.  
Fikir-fikirkanlah..
 terjumpa dalam fesbuk. sedikit terkesan dihati.

ini doa rindu. selalu sangat baca bila teringat seseorang.
doa rindu.

kakak di sarawak, aku di terengganu, adik di penang. no wonder-lah kalau mama kata kadang-kadang mama bosan duduk rumah sebab takdak geng nak sembang, nak ajak tengok sinetron sekali. abah dan abang kerja. walaupun kuota internet kat rumah 20GB sebulan, tv astro, tapi takdak orang nak guna pon kat rumah.

nasib ada kakak, selalu call mama. ada adik, selalu text mama.

mereka yang terhensem dan termanis dihati. mereka jugak anugerah terindah dalam hidup ini.

semoga apa yang dicerita boleh beri kesan positif kepada semua, terutamanya yang macam aku. jarang call orang kat kampung.

kalau belum call mak ayah kat rumah, pegilah call sekarang. selagi mereka masih ada, raikanlah.

sekarang cuti sekolah, so takdelah mama bosan. sebab adik ada. tapi nanti bila adik balik maktab masa bukak sekolah tu, mama kena tunggu few days lah. aku pulak balik perak.

rindu mama. rindu abah.

#ntah kenapa entry kali ni sedikit beremosi. maaf, hanya mahu meluah rasa terkilan dihati terhadap sikap diri sendiri.
#rindu sangat sambal terung mama. superb. kat terengganu tak ada. kalau ada pon tak boleh challenge.

thanks for reading!

Comments

Post a Comment