Best & Tak Best-nya Terengganu pada Aku

Assalamualaikum semua :)

Semoga dirahmati Allah swt hendaknya. Dah lama gila kan aku tak update blog ni? Berbulan tuu.

Maaflah, busy. Sebab apa busy? Sebab banyak kerja, banyak assignment. Dan penat.

okay, sekarang aku nak cerita pasal tempat aku bermastautin sekarang ni. hehe.

Korang nak tau tak, kat Terengganu ni tersangatlah panas ya ampun. taktahulah aku nak cakap panas tahap apa, tapi panas dia memang melampaui batasan.

FYI, musim tengkujuh or nama omputih dia yang lagi sedap dan nampak lebih hot lagi is Monsoon is just around the corner je. bulan November and above. kejap hujan lebat gila turun tanpa memberi hint kepada kami semua si tuan baju yang disidai untuk amek kain kat ampaian, kejap panas terik yang amat sangat sampai pokok kaktus yang simpan banyak air dalam badan pun mati kehausan, apatah lagi kami insan insan comel lagi bermuka suci ini kan?

tragis sungguh kehidupan aku kat sini -_-

apa yang aku boleh cakap is, panas kat sini memang tak boleh belah. aku ni dah lah 'cerah', bila asyik kena panas je kat sini, makin berkilat. 'cerah berkilat'. duh! cuba bayangkan . geli iols.

takpelah, redha tu penting. harapnya pigment kulit aku mampu bertahan :p *ecewoh ayat! hahahaha*

okay, habis cerita pasal tahap kepanasan disini.
****
sekarang aku nak cakap something yang aku agak teruja lah bila ada kat Terengganu ni. hehehehe.

okay, tengok ni. taadaaaa! :D
okay, ini memang awesome. tahu kenapa aku suka sangat? sebab masuk waktu sembahyang awal kat sini.

kenapa suka masuk waktu awal? sebabnya senang nak settlekan semua benda. contohnya macam kelas start pukul 2, takdelah aku rushing-rushing sangat nak siap sebab sembahyang Zohor pukul 1, then 1.30pm aku dah boleh turun pegi kelas dah.
ce kalau masuk waktu 1.20pm, lol. bila masanya aku nak siap? tak sempat der. takkanlah nak semayang rushing-rushing. ngadap Allah kot, agak-agaklah kan.
ni muka suci. *bajet*
then, aku ni suka tido awal. pukul 9 tu memang critical hour lah tu. masa mata nak tutup dah tu. hehehe. so aku boleh sembayang Isyak awal-awal then pukul 9 terus tido.

what i can say here is, masa aku kat Perak, takpenah aku jumpa waktu Zohor pukul 12 lebih. yang ada pukul 1 something. even exactly pukul 1 pun takpernah ada. lol. batak gila kan? diammah! haha well biasalah kan. then waktu maghrib pukul 6 something, selalu maghrib kat Perak mesti pukul 7 keatas.

seronok tau kalau puasa. hahaha sebab boleh bukak puasa awal :p

okay, tu jelah kot yang seronok and tak seronoknya kat Terengganu ni. hihi. mohon orang Terengganu janganlah marah :3

kalau marah jugak kan, apa lagi? sila close tab lah. wekwek :p

okay, jumpa lagi. doakan aku dan kawan kawan dipermudahkan segalanya ye semua! 29th Dec ni start final exam untuk 1st sem as a degree student sampai last paper Inorganic Chemistry 16th January 2014. rasa sekejap sangat, macam baru je start orengtasi MJM (orientasi Minggu Jalinan Mesra), tengok tengok dah nak habis dah.

itulah yang dikatakan dengan keberkatan masa dah ditarik. akhir zaman kan :/

mohon doakan saya at least in Dean list :)
mohon mendoakan saya tau! terima kasih darlings :)
okay, tata uols. may Allah bless all of you. have fun, enjoy your day :D

Comments