Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2011 (Naib Johan) - Entry ini sebagai rujukan khas untuk Adik-adik yang masih Bersekolah
Assalamualaikum and hi everyone :D
okay today nak kongsi sikit ilmu contoh essay untuk adik-adik yang masih bersekolah menengah mahupun sekolah rendah.
okay , since in October 2011, masa Form 5, aku ada menang Naib Johan Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia dan mendapat wang tunai RM 2k.
im going to share that essay here . kalau rasa berguna untuk anda , just take it , guna lah ayat-ayat bombastik yang ada dalam essay ni walaupun takdelah banyak mana pon ayat bombastiknya .
kalau nak share post ni , lagi bagus . ini ilmu . cikgu-cikgu BM guwa yang ajar ayat-ayat cenggini .
Soalannya masa ni adalah "Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan pengalaman dah harapan anda kepada rakyat Malaysia."
so , here it is . baca dengan tenang okay . Bismillah...
_________________________________________________________________________________
okay today nak kongsi sikit ilmu contoh essay untuk adik-adik yang masih bersekolah menengah mahupun sekolah rendah.
okay , since in October 2011, masa Form 5, aku ada menang Naib Johan Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia dan mendapat wang tunai RM 2k.
im going to share that essay here . kalau rasa berguna untuk anda , just take it , guna lah ayat-ayat bombastik yang ada dalam essay ni walaupun takdelah banyak mana pon ayat bombastiknya .
kalau nak share post ni , lagi bagus . ini ilmu . cikgu-cikgu BM guwa yang ajar ayat-ayat cenggini .
Soalannya masa ni adalah "Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan pengalaman dah harapan anda kepada rakyat Malaysia."
so , here it is . baca dengan tenang okay . Bismillah...
_________________________________________________________________________________
Atiqah Henderson,
address,
Perak
Darul Ridzuan.
26 Jun
2011.
Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi,
Pengalaman
saya sebagai pejuang kemerdekaan dan harapan saya kepada rakyat Malaysia
sangatlah besar demi tanah air yang tercinta ini. Sesungguhnya, terlalu banyak
memori saya di bumi Malaysia yang bertuah ini sejak tanah yang kaya dengan
hasil bumi kurniaan Ilahi ini bergelar Tanah Melayu sehinggalah kini bertukar
menjadi Malaysia. Sebuah nama yang cukup gah dan dihormati setiap pelosok dunia
serta mempunyai keistimewaanya tersendiri yang mampu menaikkan semangat
patriotic dalam diri setiap rakyat yang menyebutnya. Nama Malaysia ini lahir
hasil idea bernas Tunku Abdul Rahman semasa beliau dan saya serta rakan-rakan
seperjuangan yang lain berada di Singapura pada tanggal 27 Mei 1961 di Hotel
Adelphi. Masih saya terkenang lagi akan perbincangan itu pada majlis makan
tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara. Oleh itu, sebagai
salah seorang pejuang kemerdekaan, saya sangat berbesar hati dan bersyukur
serta merasa amat bangga kerana usaha kami sebagai pejuang terdahulu amatlah
berbaloi dan sudah berbayar apabila melihat tanah air tercinta ini membangun
dan rakyatnya hidup dalam keadaan yang penuh dengan keselesaan dan berjaya.
Wahai rakyat Malaysia yang bertuah
sekalian,
Terlalu
banyak pengalaman yang saya lalui bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain
semasa berjuang demi mengembalikan kedaulatan Tanah Melayu sekali gus menuntut
kemerdekaan. Masih segar lagi memori ini dalam kotak ingatan saya semasa zaman
pendudukan Jepun di negara kita selepas Jepun mengalahkan tentera Britis dengan
strategi yang sangat bijak. Malangnya, selepas pendudukan Jepun, mereka telah
melaksanakan dasar penjepunan kepada Tanah Melayu dengan menjadikan bahasa
Jepun sebagai bahasa pengantar,cuti sempena hari-hari perayaan di negara Jepun,
murid-murid sekolah perlu menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo pada
setiap pagi dan banyak lagi. Akibat daripada dasar ini, penduduk Tanah Melayu
telah bangkit kerana rakyat di Tanah Melayu telah ditindas oleh Jepun. Jepun
merampas hasil tanaman penduduk, mencatu bekalan beras, memaksa penduduk
membina landasan keretapi tetapi tidak diberi makan, dan kesihatan penduduk
telah terjejas dengan teruk. Akhirnya, semasa Ogos 1945, Jepun telah menyerah
kalah tanpa syarat setelah bandar Hiroshima dan Nagasaki di bom. Pada masa itu
kami sebagai penduduk juga pejuang kemerdekaan sangat gembira dengan kekalahan
Jepun.
Seterusnya,
peristiwa Keganasan 14 Hari telah berlaku oleh Bintang Tiga sejurus selepas
kekalahan Jepun. Semasa dalam tempoh ini, setiap penduduk kembali menderita
dengan kekejaman Bintang Tiga dan penduduk hanya mampu untuk menunggu sahaja
kedatangan British ke Tanah Melayu untuk memulihkan keamanan. Setelah British
sampai, mereka telah memulakan pemerintahan tentera iaitu Pentadbiran Tentera
British (PTB) dan mendesak Bintang Tiga yang bermaharajalela selama 14 hari di
Tanah Melayu menyerahkan senjata, maka berakhirlah keganasan Bintang Tiga. Akan
tetapi, wujud pula penubuhan Malayan Union oleh British dan PTB dibubarkan.
Pada masa itu, kami sebagai penduduk Tanah Melayu berusaha menentang Malayan
Union. Hal ini kerana, Malayan Union akan menghapuskan kedaulatan dan kekuasaan
Raja-raja Melayu, menghakis tamadun orang Melayu, serta Malayan Union telah
memberi kerakyatan yang terlalu liberal yang akan memberi kesan yang hebat kepada penduduk Tanah Melayu.
Kami sebagai pejuang terdahulu telah melakukan penentangan dengan pelbagai
cara, antaranya penentangan secara kolektif iaitu melalui Kongres Melayu dan
penentangan secara individu melalui Dato’ Onn Jaafar. Selain itu, kami juga
telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946.
Masih segar dalam ingatan saya semasa mesyuarat UMNO, Dato’ Onn mengumumkan
jawatankuasa tertinggi UMNO dan mengingatkan kami semua tentang matlamat
sebenar penubuhan UMNO. Semasa waktu ini, kaum wanita juga turut bangkit
bersama-sama kami para pejuang menentang Malayan Union. Akhirnya, pihak British
terpaksa membubarkan Malayan Union dan mengiktiraf UMNO. Kami Berjaya menentang
Malayan Union yang tidak membawa apa-apa faedah mahupun kebaikan kepada kami
sebagai penduduk Tanah Melayu. Pada masa itu, kegembiraan lahir dalam hati
setiap antara kami, sebagai pejuang dan juga pada rakyat jelata kerana berjaya
mempertahankan tanah air.
Wahai rakyat Malaysia yang dihargai
sekalian,
Kami
telah membuat rundingan setelah berjaya menentang Malayan Union untuk membentuk
Persekutuan Tanah Melayu pada 1946 bulan Julai. Jawatankuasa Eksekutif telah
diadakan untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya,
Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 1 Februari 1948. Berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah digubal ini, sesungguhnya
sudah terang lagi bersuluh sangat berbeza dengan Perlembagaan Malayan Union.
Selain
itu, antara pengalaman dan kenangan yang paling manis dalam kehidupan saya
sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan adalah semasa detik 31 Ogos 1957,
iaitu tarikh kemerdekaan negara buat pertama kali. Rombongan merdeka yang
diwakili oleh wakil Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu telah berlepas
ke London untuk mengadakan rundingan sekaligus menandatangani Perjanjian London
antara Tunku Abdul Rahman dengan Mr. Allan Lennox. Kepulangan Rombongan Merdeka
sangatlah dinantikan oleh seluruh penduduk Tanah Melayu. Semasa peristiwa
pemasyhuran kemerdekaan itu, saya dan seluruh rayat Tanah Melayu telah
menyaksikan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan, melambangkan kebebasan
negara daripada cengkaman British mahupun mana-mana penjajah. Seluruh penduduk
Tanah Melayu menyaksikan Tunku Abdul Rahman menerima watikah pemasyhuran
kemerdekaan dan beliau mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
pada tanggal 31 Ogos 1957 di Dataran Merdeka dihadapan mata setiap penduduk
yang sangat bersyukur dengan kejayaan ini. Pepatah melayu mengatakan,
‘genggamlah bara api biar sampai jadi arang’, ‘alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan’, amatlah bersesuaian dengan perjuangan kami
semua dahulu.
Wahai penduduk Malaysia tercinta,
Sebagai
muka lama, saya berharap agar setiap orang akan sentiasa menanam semangat
patriotik dan rasa kasih dan sayang serta cinta kepada tanah air sendiri.
Jadilah seorang warganegara yang berjiwa besar dan sentiasa bangga dengan
tempat tanah tumpah darah kita ini yang juga merupakan tempat perjuangan asal
nenek moyang kita. Harapan saya kepada rakyat Malaysia kini, agar sentiasalah
berbangga dengan nama Malaysia dan berbangga kerana kita dilahirkan di bumi
Malaysia yang amat damai dan harmoni ini. Menjadi tanggungjawab kita sebagai
rakyat dinegara ini untuk memartabatkan dan mendaulatkan negara kita ini.
Ibarat pepatah melayu, ‘dimana bumi dipijak, disitulah langit dijinjing’.
Wahai rakyat Malaysia yang bijaksana,
Belajarlah
menghargai sejarah negara. Hal ini kerana, menurut George Santayana yang
merupakan ahli falsafah ada menyebut, ‘mereka yang melupai sejarah, pasti akan
mengulanginya’, di dalam karya beliau ‘The Life of Reason’. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa sejarah itu penting untuk diingati dan dihargai. Ingatlah
kita bahawa, tanpa adanya sejarah dan para pejuang kemerdekaan negara, siapalah
kita pada hari ini. Generasi muda hendaklah mempelajari sejarah agar mereka
akan mengetahui betapa peritnya perjuangan serta pengorbanan rakyat terdahulu
untuk menghadiahkan kepada masyarakat atau cucu cicit kini sebuah negara yang
merdeka. Oleh itu, generasi kini hendaklah menggunakan sejarah perjuangan terdahulu
sebagai wadah dan panduan untuk membangunkan negara sekarang. Selain daripada
itu, masyarakat juga hendaklah mengingati tokoh-tokoh kemerdekaan dan Perdana
Menteri Malaysia yang setiap seorangnya mempunyai konsep tersendiri dalam
memajukan negara seperti konsep yang diuar-uarkan kini oleh Perdana Menteri
Malaysia yang keenam iaitu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dengan konsepnya, 1
Malaysia. Konsep bernas untuk memacu negara yang lahir daripada buah fikiran insan
yang terpelajar.
Akhir
kata, semoga rakyat Malayisa dapat menghayati setiap pengalaman yang telah saya
ceritakan ini dan merealisasikan harapan saya sebagai seorang pejuang
kemerdekaan juga harapan para pejuang lain di tanah yang merdeka dan membangun
ini. Ingatlah wahai rakyat Malaysia, sekiranya sejarah dijulang tinggi, nescaya
akan wujudlah masyarakat dan generasi yang hebat serta berwibawa yang sedar
akan akar umbinya.
Sekian, wassalam.
Yang
benar,
Atiqah Henderson.
______________________________________________________________________________________
okay . dah habis baca? essay ni 4 pages je . tak banyak .
kalau bermanfaat , gunakanlah . sesungguhnya idea semasa menulis essay ini datangnya dari Allah swt.
tuan hamba participate in this competition semasa lagi 2 hari sebelum tarikh tutup. rezeki Allah , menang Naib Johan. kena amek hadiah dekat Sunway Pyramid , tido hotel mahal kat sunway segala . thats awesome okay ! *yelah , saya takde duit nak tido hotel belambak bintang :p*
kalau bermanfaat , gunakanlah . sesungguhnya idea semasa menulis essay ini datangnya dari Allah swt.
tuan hamba participate in this competition semasa lagi 2 hari sebelum tarikh tutup. rezeki Allah , menang Naib Johan. kena amek hadiah dekat Sunway Pyramid , tido hotel mahal kat sunway segala . thats awesome okay ! *yelah , saya takde duit nak tido hotel belambak bintang :p*
Saya pin ada join untuk tahun niy . Tapi tak post lagi . Tajuk dia 'kenapa saya sayang Malaysia'
ReplyDeleteoh i see . goodluck yeah ! ayat kena bombastik sikit . hehe :D
Delete