Kepada yang ke Matrikulasi : Sila Baca and Get Ready

Assalamualaikum.

hi (",)

okay , since ramai jugaklah junior-junior *cewohh* yang tanya aku pasal matriks ni , terutamanya Matriks Perak . ada yang mintak aku cerita macam mana nak lalui life kat matriks ni and cerita pasal Matriks Perak tu sendiri . and , banyak yang search keyword pasal matriks ni .

keyword yang pelik-pelik pon ada jugak . hahaha :D okay cool . biasa lah tuuu .

okay .

CERITA MATRIKS .

hm , cemana nak cakap ye ? life kat matriks ni pack sikit lah . nama pon fast track study kan , so , cepat sikit lah study kat matriks ni . matriks ni cara belajar dia tak sama macam sekolah . sekolah ajar setahun satu subject tu tak banyak chapter kan ? kat matriks ni satu semester = 18 weeks lecture , satu subject contohnya Chemi , belajar 13 chapters , Bio belajar 10 chapters , Maths 10 chapters . campurlah semua chapter yang ada ni and then kumpul semua , lepastu jawab lah soalan final or PSPM (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi) .

sem 1 and sem 2 tak sama syllabus nya . and syllabus untuk each subject pon berbeza antara sem 1 and sem 2 .

nanti masa minggu MPPB (Minggu Pengambilan Pelajar Baru *tak salah aku lah , ini namanya*) haa dorang akan bagitau lah cemana matriks ni . dorang akan cerita pasal carry marks . exams , classes , tutorial , practical and sort of .

kat matriks ni , a bit stress sikitlah kalau korang taktahu manage masa korang . awal-awal mungkin korang akan rasa bapaklah penat gila matriks ni sebabnya korang tak dapat adapt lagi , and masih berangan lagi cara belajar kat sekolah dulu . lepastu compare compare dengan matriks , kata sekolah tu senanglah , apa lah itu lah ini lah , keje sekolah dulu sikit , sekarang assignment punya banyak . haa tapi takpe , cool . aku cuba tolong korang ye ? *cehh* hahaha .

sekalut mana pon korang , jangan risau , still ada masa untuk makan , untuk lepak . serious !

okay , bagi Science stream , korang ni sedikit packed lah jadual compare dengan Accounting . accounting banyak jugaklah masa free , merasa jugaklah class start bukan pukul 8am , habis bukan pukul 4pm. tapi kalau student Science ni pulak , kelas major start pukul 8 . takyah nak berangan pukul 10 okay ? kalau ada pon pukul 10 , tu sebab class cancel . lepastu korang kena ganti balik . hahaha , padan muka :P

kat sini korang akan ada lecture , practical and tutorial class .

Lecture - ni korang akan dengar lecture . sejam dua tiga jam macam tu . be prepared! time lecture selalunya ramai yang mengantuk tersengguk-sengguk sambil memalukan diri sendiri hahaha , bawak gula-gula and air masak . time ni tolong lah jangan tido , sebabnya nanti korang akan terima akibatnya bila nak siapkan soalan tutorial and assignment . serious !

baca dulu lecture note before masuk lecture , highlight mana point yang patut , jangan degil . nanti time lecture korang dengar je lecturer korang ceramah kat depan tu , takyah kalut-kalut nak tulis pape . cepat paham tau kalau prepare awal , sebab lecture laju , takboleh tanya soalan dalam lecture hall kalau tak paham . kenkadang ada student yang buat pelik , tanya soalan yang tak relevan dlm LH ni . ada situation yang dibolehkan korang tanya , and ada yang tak . tapi sebenarnya memang takboleh pon --'
maaf . kami budak Bio kepupusan lelaki :D
Tutorial - okay , nama pon tutorial kan ? dah sah-sah lah kena buat soalan belambak-lambak . concept tutorial ni adalah discussion . discuss segala yang korang blur time lecture . korang wajib buat soalan tutor ni before masuk tutor . kalau tak , korang taktahulah apa yang korang tak paham . kalau tak paham , terus tanya lecturer tutor ni , jangan mengada nak dok senyap buat gwiyomi pulak dalam kelas tutor ni .

kalau tak pecaya , cuba korang try , masuk tutor , buat soalan tutor . lepastu next class tutor pulak , korang jangan buat langsong . haa , serious terasa macam bodoh gila time tu , terasa macam di-pressure sebab orang lain kecoh tanya soalan , tapi kita senyap taktau apa .

Practical - okay ni class experiment untuk budak Science . nak letupkan lab time ni pon boleh , takde hal . setiap kali habis experiment , wajib submit report . tengoklah lecturer korang tu nak suruh submit bila . kalau dia baik , dia suruh submit hari lain , tapi kalau dia rajin , dia suruh submit hari tu jugak . HAHAHA . kalau submit haritu jugak , maknanya korang kena buat pre-lab report . buat report awal-awal before masuk lab . lepastu nanti dah siap experiment , fill in je result and conclusion untuk report tu . report ni macam kat sekolah dulu punya . tapi dulu kat sekolah korang tiru buku kan ? sekarang ni takde dah tiru-tiru , buat sendiri .

oh ya , jotter book jangan lupa buat . sebab ni carry mark . jotter book ni macam buku conteng korang lah untuk tulis steps and procedures untuk buat experiment , steps n procedures tu korang kena amek dalam buku Lab Manual . boleh lukis-lukis dalam jotter book ni , jangan copy paste 100% , penat nanti nak salin .

okay , lepastu kat matriks ni korang memang akan selalu study walaupun korang taknak study sebabnya , korang ada QUIZ . every subject yang korang amek , ada quiz . boleh dikatakan setiap minggu ada quiz . kejap quiz Bio , kejap quiz Maths , macam-macam lah . so , prepare je lah .

nanti lecturer korang akan bagi takwim . tu calendar untuk check bila quiz , exam , syllabus mana sepatutnya korang belajar , experiment apa minggu ni , semua lah .

ALERT dengan takwim ni . guna sampai lunyai *cewohh* hahaha padahal aku sendiri selalu taktau bila quiz aku ada . haritu pre-final Chemi , aku taktau pon ada pre-final tu . datang lab sibuk tengok kawan aku study , aku dok lepak-lepak tengok orang .
aku katalah , "wah , rajin gila study , aku ni bila lah nak start study ? aish ".
lepastu kawan aku kata , "eh kau taktahu ke harini ada pre-final ? "
and on that time i was like , "whatttt ? hampeh ! apasal aku taktahu ? dah lah tak baca apa-apa ni ! "

haa , padan muka ! haha tapi takdelah teruk pon markah aku time tu . 26/40 rasanya . paling tinggi 31/40 .

kalau taknak stress , soalan tutor tu jangan esok ada class , harini baru buat . boleh mati macam tu . sehari buatlah 1 2 soalan . takdelah banyak sangat nanti . sebab soalan tutor ni korang kena buat lepas habis je lecture . kalau harini lecture pasal Recombinant DNA Technology , lepastu korang dah boleh start tutorial chapter ni .
*cewohhh bagi nasihat konon* hahaha padahal aku pon selalu je tangguh-tangguh keje . lepastu sekali nak buat , mak aihh ! pecah kepala ! :P

agak-agak nak dekat stress tu , stop baca buku . pegi main game , makan sat , baca Quran ke , takpon pegi lepak kat belakang Kolej Kediaman Siswi *ni untuk student Matriks Perak je lah* , sebab kolej kediaman atas bukit , so , syok lepak kena angin kuat kat situ . tengok sunset . best woo ! rasa macam tengah dating dengan boyfreng . eh ? *tapi lelaki tak boleh datang situ* hahaha :D

jangan risau , main game bukan satu benda yang merugikan korang . cuma bila dah hilang fokus , hadiahkan diri something yang ohsem untuk gain balik focus tu . aku selalu main game . tambah-tambah time study week :P

haa , kat sini assignment banyak guna tangan . jarang-jarang sekali je guna laptop . aku takde laptop pon kat sini .

and yang aku cer ni , untuk Science stream lah aku fokuskan . aku bukan Accounting . tapi lebih kurang sama je lah .
okay , ni gambar aku and Mey lepak kat belakang . aku fashionista , jangan bising tengok aku colour-colour macam ni . HEHE :D
oh ya , lupa nak cakap . SILA UBAH PERSEPSI NEGATIVE ANDA TENTANG MATRIKS INI SUSAH NAK CATCH-UP or bla bla bla . thank you :D

read this entry and the comments too for more info :
Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)
Jawapan Kepada Soalan Perihal Kolej Matrikulasi

selamat berjaya . drop your comment below kalau nak tanya apa-apa ye?

Comments

  1. salam.. saya skrg kat matrik perak.. sy modul 2.. sains fizikal.. nk tnya buku rujukan ape palin ok untk fizik dan kimia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh good . lelaki tak ramai kan kat situ ? haha , nelajar elok elok ye dik ? :)
      buku nanti kat angjung siswa tu dorang akan jual . and nanti before start lecture pon , lecturer akan tunjuklah buku yang lecturer refer untuk syllabus matriks ni .

      akak budak bio , pasla buku physics ni taktau sgt lah . boleh tanya lecturer .
      tapi kalau chemi , last sem lecturer akak suggest buku SAP publication .

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada gambar saya di situ..Oh yeah.. kuliah B1 memang awesome! hee

      Delete
    2. hm ? yang mana satu? tutor berapa nii ? hahaha , satu lecture lah kita ye?

      Delete
  3. salam . nk tanya . yang module2 kat matriks tu , kita yang boleh pilih nak module apa ataupun pihak pengurusan dah tetapkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply :)
      kalau ikut masa kitorang dulu, masa awal awal daftar tu pihak matriks dah tetapkan. tapi dalam minggu orientasi tu nanti akan ada sesi untuk tukar modul.

      so time tu lah korang boleh tukar nak modul berapa based on apa yang korang minat :)

      Delete
  4. nk tnya, bku rjukan tu kna beli sblum pegi matrik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu masuk dulu baru beli. Sebab nanti mmg akan ada kedai buku kat kompleks siswa setiap matriks yang jual buku yg lecturer korang suggest.
      Kalau beli kat luar, belum tentu ada, tgoklah lecturer korang suggest buku apa.

      Takwajib beli pun :)

      Delete
  5. Saya takut nak masuk matriks sbb takut tak boleh bawak nnti. Result SPM saya pun tak cemerlang sgt jadi saya takut utk teruskan pengajian dkt matriks. Akak ade ape2 pesanan tak yg boleh yakinkan saya utk bljr dkt matriks?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak memang dapat matriks je ke? hehe, akak dulu pon dapat offer matriks je -_-

      tapi alhamdulillah akak boleh survive kat sana. awak kena buang perspective awak yang matriks ni susah or laju sangat.

      kalau awak nak tau, akak masuk matriks pon dengan result SPM akak yang tak cemerlang mana, hehehe, malu i. akak subject physics kimia bio, subject teras untuk sci stream tu akak dapat C,C+ tiga-tiga. LOL :D

      tapi masa tu tak dinafikan lah akak punya maths and addmaths memang awesome :) hehehe.

      awak jangan risau, awak kena reflect diri awak, kalau awak rasa result spm awak tak boleh nak banggakan mak ayah awak, awak tebus balik dengan CGPA matriks awak. bagi dapat pointer yang tinggi. lagipon, matriks senang sikit nak dapat pointer tinggi ni, cuma awak jangan lalai sangat lah. kena selalu motivate diri awak. kena selalu ingatkan diri awak. since awak kata result awak tak bagus kan? so cakap dengan diri awak, kalau masa spm awak kecewakan mak ayah awak, awak kena bayar balik penat lelah dorang tu masa awak kat matriks. bagi dapat at least 3.5 ke atas :)

      kalau orang lain boleh, why not awak kan? setiap organism yg hidup dilahirkan untuk berjaya. result spm yang tak okay isnt everything, spm cuma tiket nak sambung study je dik.

      bukan nak katalah, result spm akak biasa-biasa je, tapi masa kat matriks, rezeki akak, akak dapat pointer 3.65, beat kawan-kawan akak yang result spm lagi banyak A dari akak. walaupun akak selalu berangan -_- hahaha.

      nanti masa kat sana, result spm tu takde beza pon. sebabnya, spm dah lepas. yang kita kena struggle adalah untuk the current situation and our wonderful future. percayalah cakap akak, takde orang kisah pon pasal spm awak nanti.

      yang penting, selalu motivate diri awak. sebab kadang-kadang kita ni selalu lalai bila takdak orang ingatkan. fokus masa dalam lecture, jangan tido! baca tips2 yang akak share dalam ni tau, semoga berguna untuk awak dan kawan-kawan :)

      after all, akak doakan awak diberi kekuatan untuk terus banggakan mak ayah awak dengan kecemerlangan awak sepanjang hidup awak. insyaAllah. sentiasa yakin dengan diri sendiri ye sayang (",)

      Delete
    2. lepas dah post comment baru perasan, panjang dah macam entry baru jeee bagi semangat kat awak -.- hahaha.

      Delete
  6. Salam sis :) ada cara lain tak nak contact sis? Banyak sangat soalan nak tanya. Ws ke wc? Mekasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho. Akak takde wechat -,- pm je fesbuk. Fb messenger sentiasa on, kecuali time class :3

      Delete
  7. Salam kak kalau terlambat daftar pd tarikh yg ditetapkan mcm mane ye? Terlambat 3 hari :( tolong reply rase sedih sgt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Call kementerian pelajaran malaysia, bahagian matrikulasi. Atau direct terus call matriks yg awak dpt tu. Kalau dorang boleh consider, you still boleh daftar lg.

      Delete
  8. Salam..akak,saya sekarang dh Kat matrik..and saya rase mcm blur2 la bile time kuliah or tutor...akak pernah rase mcm tu tak? Mase mula2 masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blur cemana tu? Apa yg blur?

      Delete
    2. Blur time lecturer tu tgh kuliah...kite dgr ape die ckp..tpi x dapat tangkap ape yg die ckpkan tu

      Delete
    3. kena buat pre-lecture and post-lecture reading. masa pre-lec reading tu, dah jot down some sort of notes yg kamu refer dri buku rujukan.

      Delete
    4. harapnya after this tak blur dah lah. akak bukan best student pon, tapi setakat nak kongsi tips tu boleh lah. tapi yg pastinya, akak bukan best student yang sllu score pon. hahaha -_-

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment