Matrikulasi susah ke?

Assalamualaikum.

okay , lets make it short . since adik adik SPM 2012 ni akan further study tak lama lagi . so , aku pon buatlah entry ni untuk jawab soalan-soalan korang .

aku ex-student Kolej Matrikulasi Perak @ Perak Matriculation College . *click both link tau . ada cerita drpd entry lepas pasal matriks ni*

for those yang nak / dipaksa / terpaksa masuk ke Matriks ni , jangan risau , aku akan bagitau sikit tips kat sini . clear your mind , matriks ni bukanlah untuk orang yang takde choice dah nak masuk mana or tak dapat UPU. matriks ni bukan tempat budak tak lepas ke apa ke okay ?

okay , adik-adik yang rasa korang dapat kos lelong daripada UPU tu , baiklah korang amek matriks kalau dapat matriks , or Form 6 . jangan buang masa study kos yang ntah apa-apa . nanti dah habis belajar , takde keje . 

okay . lets begin !

1- Matriks ni macam mana sebenarnya ?
okay , matriks ni macam sekolah asrama jugak . dia ada felo *warden*. balik pon ikut time yang HEP bagi lah , kalau ada event , tak boleh balik . kalau sekolah ada ganti kelas kalau nak cuti CNY or Raya Puasa , matriks pon ada jugak . sebab matriks ni packed sikit , so , setiap kelas tu penting .

yang bestnya kat matriks compare dengan Form 6 are , kita tak payah pakai baju sekolah pegi kelas , hihi and takde assembly macam kat sekolah . pegi kelas whether pakai baju kurung or smart kasual . perempuan pon boleh pakai seluar tau kat matriks ni . tapi seluar slack je lah kalau nak pegi kelas tu .

2- Macam mana life kat matriks ?
life kat sini macam busy sikitlah . kelas start dr pukul 8am till 4pm (ni untuk student Sci) , break for 1 or 2 hours time pukul 1pm tu . tapi student Account lebih banyak masa free .

3- Best ke matriks ?
best gila ! haha nak tau kenapa ? sebab kita takpayah amek diploma . fast track , belajar setahun , teros g amek degree . wehhuu wehuu :D tapi perlu diingatkan disini ,sijil matriks tak laku tau . sijil STPM and diploma laku . sebab tu kena buat betul-betul kat matriks ni .

jangan risau , aku yang malas study ni pon masa sem 1 dapat 3.6. korang yang rajin study tu apatah lagi kan ?
4- Facilities kat matriks macam mana ?
okay jangan risau pasal facilities . everything okay . ironing room is provided . air panas pon ada untuk setiap floor . and washermachine pon ada , cuma aku tak penah guna sepanjang setahun aku kat situ .
dalam bilik korang complete semuanya . satu loker besar , katil , meja study and 1 plug , tp ni kat matrik Perak lah , matriks lain taktahulah . hihi. haa , ampaian depan bilik . takyah susah-susah nak turun bawah sidai baju.

alatan elektrik kan dorang tak kasi bawakkan ? jangan risau , pandai bawak , pandailah simpan . contohnya matriks aku , floor aku ada 32 bilik . satu bilik 4 orang . iron untuk floor tu ada 4 je ! kau gila ? so , roommates aku bawak iron . jadinya kitorang iron dalam bilik lah . hihi .

bilik sebelah aku pulak , setiap pagi aku lalu bau roti bakar . haa , tak salah aku lah , dorang bawak toaster . ada yang bawak periuk nasi . masak maggi dalam tu . kawan aku yang laki pulak siap bawak scanner , dengan printer . lagi hebat . tapi yang penting , pandai bawak pandailah sorok :P
okay ni loker aku . dari awal sem sampailah habis matriks loker aku tak penah ubah . tak penah kemas . macam ni lah setiap hari . 

5- Cara belajar dan pengurusan masa kat matriks macam mana?
okay , time management . class pukul 8am. kalau nak bangun pukul 7 tu sempat je siap teros g breakfast kat cafe . 7.30am pon sempat je nak pegi class , tapi tak sempatlah nak breakfast . therefore , jangan nak mengada ponteng class , sebab attendence diambil untuk setiap kali class . jangan datang kelas lewat . paling lewat yang boleh diterima lecturer pon cuma 10minit . not more than that okay . jangan nak melampau.

pukul 4 habis class , janganlah terus balik bilik je ,pegilah tanya soalan kat lecturer korang kat cubicle dorang tu .dalam pukul 5 baliklah bilik . rehat . 
then pegi mandi , basuh baju , sidai segala . benda ni kena buat petang ,jangan tangguh basuh baju . nanti dh banyak , boleh mati penat oo nak cuci semua .
then , kalau rajin pegilah masjid . pegi makan or order je makanan kat cafe , nanti dlm 6.30pm or pukul 7pm  macam tu korang g lah amek. lepastu kalau aku , pukul 9 lebih tu aku tido dah . hehe . nanti 5 jam or 5 jam setengah lepas aku tido tu baru aku bangun study . study pagi-pagi lagi berkesan . segar je . 

then , korang jangan lupa buat pre-lecture reading tau masa kat matriks ni . penting sangat untuk korang baca lecture note before masuk lecture . sebabnya matriks ni kan macam laju sikit , so , kalau korang dah baca , well at least korang dapatlah catch-up apa yang lecturer ajar kat depan .

then jangan lupa pulak buat post lecture reading . lepas habis lecture jangan tinggal terus apa yang korang belajar tu , nanti lupa susah . Chemistry contohnya , 13 Chapters belajar selama 18 minggu. dengar macam lama , padahal sekejap je ! Biology lagi , 10 Chapters . haaaa , jangan memain .

tapi sebenarnya . matriks ni takdelah sesusah mana *cewohh*.  cuma cepat je cara study nya . penat sikit . kalau U kan boleh relax sikit . kejap ada kelas , kejap takde . matrik ni kalau ada class , tapi class tu cancel , nanti kena ganti balik . sebab every class tu penting gila kot .

6- Bercinta di zaman matriks ?
okay , yang ni paling best sekali nak describe . hahaha . kat matriks nanti , korang akan dapat lihat ramai yang baru nak di-tackle oleh pakwe pakwe matriks ni . kenal and mula bercinta di matriks . ada yang bercinta satu kelas , satu lecture hall . macam-macam lah . 

hm aku taktaulah , tapi pandai-pandailah kome bawak diri . kalau dah tau ada gefreng or boyfreng tu , jangan lupa study . pentingkan study dulu , cinta no 2. kalau korang lingkup kat matriks ni , takde guna dah tau tak ? sebab kat matriks ni takboleh lalai . kalau lalai , hancur .

kawan aku , study semua dengan boyfreng sampai ke maghrib punya study . apa yang di-study-kan pon taktau . tapi bila tanya result ? dia cakap teruk . taktau berapa . bukanlah aku nak ngata dia ke apa , tapi ni iktibar untuk korang yang baru nak ke matriks ni . takpayah lah nak study dengan boyfreng gefreng . karang ke laut je lebih . kalau kita start something tu dengan benda yang Allah larang , at the end , apa yang akna jadi ? kan ? nauzubillah . so , permulaannya harus baik , makanya baiklah dipengakhirannya .

niat kena betul . jangan masuk matriks ni sebab nak cari bakal suami or bakal isteri . tapi sebab nak menuntut ilmu mencari redha Allah . insyaAllah korang 4flat punya !

korang kalau rasa result masa SPM 2012 tu tak cukup baik untuk dijadikan hadiah untuk mak ayah , struggle lah kat matriks ni . banggakan dorang dengan result matriks korang ni .

agak-agak kalau masa UPU haritu korang takboleh nak masuk UM ke apa ke Universiti yang Cool gila tu , korang try lah time matriks ni . serious , tak susah mana . 

okay , ada apa apa boleh lah tanya lagi ye ? you may click facebook link aku kat atas tu , takpon twitter aku , takpon , comment je kat entry ni . senang aku reply . okay ?

goodluck ye adik-adik , semoga dipermudahkan oleh Allah :)

Comments

  1. Haha part 6 kelakarlah. Anyway, saya ex-student kmpk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe , senior lah ni kiranya ? yeke ? haha :D

      Delete
  2. nak tnya sikit kak...
    1.pergi kuliah boleh pkai baju selain baju kurung tak?
    2.mknn kena beli guna duit sndiri/ade matrik bagi?
    3.roomates matrik bagi/choose sndiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya banyak pon takpe dik (",) hehe
      1. Okay,boleh je pakai smart casual,kemeja + seluar slack.
      Jubah pon boleh. Baju kebangsaan lah kiranya semua boleh. Tapi kebanyakannya bawak banyak lah baju kurung.
      Kat sini kalau yg free hair tu okay je kalau nak free hair pegi class. Tiada larangan.
      2.makanan sendiri tanggung. Ada banyak cafe,you may choose which one yang adik rasa best. Ada lah gerai yg jual roti canai,ada gerai burger,ice blended,keropok lekor macam tuu. Boleh order kat cafe nak makan apa pon.
      3. Roommates college yg bagi masa register. Time register tu dh siap college bagi course kita (tp boleh tukar kalau rasa tak sesuai),group untuk minggu orientasi,and bilik mana.
      Datang awal tau masa register! Nanti dpt complete cenderahati dr college. Dtg lambat kang ada je benda yg tak dpt. Hihi

      Delete
    2. thanks u very muck kak!A lot of information sya dapat...:)

      akak akak akak, nak tnya 1 benda lagi, sory eh..tpi sya hrap agar akak dpt reply dgn sgere sbb sya dh gelabah gila ni...
      borang perjanjian pengambilan n pembiayaan tu kena ade 2 set ker? n sapa yg layak utk jdi saksi?

      terima kasih sgt2x,,,:)

      Delete
    3. Cool okay cool ! Hahaha
      Akak dulu kurg dr 2minggu nak register baru akak prepare. Haa , yup. Kena ada dua set.

      Saksi? Alamak,lupa lah pulak. Mak pon boleh rasanya. Sbb rasanya akak dulu buat mak akak as saksi.

      Jgn risau,nanti masa minggu MPPB aka minggu orientasi,akan ada group mentor-mentee or so called KMM.
      Dalam group tu nanti akan ada satu lecturer yg guide you all.
      Dia akan bgtau pasal semua borang yg korang kena sediakan tu. Time akak dulu,lecturer KMM akak tu yg tolong cop untuk siapa yg belom siap.
      Make sure setem segala tu kena ada lah. Yg mana patut tampal,gambar gambar tu semua buat kat rumah siap siap. Nanti kelam kabut pagi nak daftar tu.
      Document penting semua tu letak dalam satu envelope,senang nanti nak bg in case dorg mintak.

      Okay? Kalau nak tanya pape,tanya je lah,bg clear.

      Nanti time nak start class tu pon kalau ada pape yg taktahu cemana nak buat assignment or report pon,you may ask me. Im free to answer all that kind of questions. Hehe,sbb akak dulu pon macam tu jugak.

      Delete
    4. okeyyy...dah paham sekarang :) n agak lega dah sikit...
      akak ni batch 2012/2013 ke?

      ok! akak bersabar je tunggu soalan2x dari saya ye...(hehehehe). budak first time nk tinggal rumah cam gini la rupenye... smua rasa x tau.

      btw, terima kasih sangat2x, sbb sudi reply n offer untuk tolong saya, such a sweet n nice senior! :)

      kalau boleh, akak crite la serba sdikit ttg kolej matrik Perak tu..kalau nak crite serba banyak pun dialu-alukan...hehehe

      Delete
    5. ha'ah , batch 2012/2013 .

      oh , insyaAllah nanti kalau sempat akak update entry baru . hahaha , pemalas sebenarnya akak ni , tapi duduk matriks -.-

      budak matriks ni takboleh malas sangat tau ? HAHA . goodluck then .

      nanti kamu tengoklah ye ? spread the story to your friends . share lah entry-entry yg boleh bg manfaat kat orang lain tu, so that semua orang tahu .

      okay ? singgah lah sini selalu . tq :)

      Delete
  3. kak sye bakal masuk matriks kat kulim kedah..sye rase smua bnde xkena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf adik, akak lambat reply. Busy :)

      Apa yang tak kena adik? Adik pm akak boleh? Kat fb. Kita boleh sembang2 kat situ. Senang sikit. Apa yg akk tau akak tolong.

      Delete
  4. Salam Akak saya akan masuk ke kmpk pada 26 mei nie,kak suasana kat sana semua okak ker?lecturer semua okay?lagi satu nak tanya saya ni penakut sikit ,so dekat sana okay ker?sangat berdebar debar nak daftar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasana sangat okay. Atas bukit, petang petang mmg sgt awesome kalau duduk lepak atas bukit tu.

      *omaigod, akak rindu kmpk. Hahaha

      Well,pasal lecturer tu taktaulah nak cakap. Pada akak okay je. Lecturer akak semua best best, sangat baik :)

      Jangan terlalu takut, jangan terlalu berani. Moderate je dik. Kat sana okay je. Cuma kena jaga diri, biasalah kan :)

      Tapi apa yg akak boleh katakan, kmpk mmg best. Bukit bukit, syoklah. Hihi sebab akak suka tgok pemandangan :)

      Delete
  5. ada x contoh2 jotter book?? pening la nk wt cmna.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lah dik, tak amek gambar pun lepas buat jotter.

      jotter tu awak tulis/lukis procedure je dik.
      kalau dia kata, "put 50ml HCl into 3 test tubes." lukislah gambar test tubes 3 ketoi, buat gambar HCl dr beaker nak pour into test tubes.

      Delete

Post a Comment