Asrama or Hostel

Assalamualaikum .

hi peeps !

aku nak tanya ni , korang penah duduk kat hostel tak masa zaman sekolah menengah dulu ? best ? ohsem kan ? seriously said , pengalaman aku kat hostel adalah yang terbaik yang pernah aku alami . aku pernah masuk hostel dari Form 1 till Form 2 je masa aku kat SARJANA , Kg. Gajah , Perak . wuwuwuu ~ sekejap sangat . tapi yang pastinya , hostel memang best . sebab kita tinggal dengan kawan-kawan and belajar berdikari .

 kan ?

dah tinggal dengan kawan-kawan ni mestilah banyak benda merepek , banyak idea nakai , banyak unsur-unsur lawak yang kita buat kan ? serious , memang ohsem lah kalau korang pernah duduk hostel . aku masa kat hostel bukanlah berdisiplin sangat pun * bajet otai gila -.- * padahal masa aku kat sana aku ni KP [ketua pelajar , lebih kurang pengawas lah] . hebat tak aku ? *maaf , tidak berbangga * 


banyak sangat aku nakal masa kat hostel . sebab bagi aku ,
" kalau masa sekolah ni kita tak nakal, nanti bila dah tua, takdak benda nak cerita kat anak cucu tentang kenakalan opah mereka semasa zaman persekolahan "
betol kan ?

hostel aku dulu sangat straight . contoh straight gila tu ?
- wajib solat kat Masjid *masjid ni dalam sekolah , Raja Muda Perak , Raja Dr.Nazrin Shah yang rasmikan masjid tu sebab sekolah aku tu , SM Raja Dr.Nazrin Shah , sempena nama baginda *
- lebih kurang setengah jam before masuk waktu solat kena rollcall kat luar hostel .
- ni sekolah agama , so stoking wajib pakai kalau keluar dari asrama . and kena pakai baju kurung kalau pegi mana-mana except pegi riadah .
- baju or pakaian hanya boleh bawak ikot had sahaja . kasut pon sama . contohnya pekeliling pasal kasut , warden bagi bawak satu sport shoe , satu sandal prep , and satu selipar sahaja and not more than that . kalau tudung pulak , yang boleh ada cuma tudung hitam , putih , cream . kalau KP , kena ada tudung biru . tu je .

okay ? takyah banyak sangat eh , nanti korang penat nak baca .

so dalam dok straight-straight ni pon , as a student , kitorang ni takdelah baik mana . ada je yang bawak hp , bawak novel simpan dalam tilam . *dalam tilam ye , bukan bawah tilam* bawak radio yang jenis bantal peluk tu , sodorm , kong kelas , balik prep awal , tak pegi prep , tak pakai stoking , fly , dsb yang biasa budak hostel buat .

yang aku penah buat ? banyak .

ni takdelah nakai sangat , biasa-biasa je . ada satu hari tu aku bangun lambat *dah bangun , tapi tido balik* . budak-budak dorm aku otw siap pegi sekolah , aku baru bangun tido . subuh pon tak solat lagi . lepastu kalau mandi lambat , air habis , terpaksalah tadah dengan baldi :'( dengan sabarnya aku siap-siap semua . kawan-kawan dah jerit-jerit macam Jane dah kat bawah panggil nama aku . then , pukul 7 lebih baru aku pegi Dataran Ilmu , lambat dah weh . sampai sana , aku g lah sembang jap dengan Pen. Ketua Umum sekolah aku , Kak Syahadah , aku g bagitau dia aku sodorm . HAHA . baik punya cerita tengok-tengok dia suruh aku jadi MC perhimpunan haritu . padahal bukan turn aku ==' hamek kau ! kena baca doa , conduct orang baca Asmaul Husna segala kat depan tu . *sekolah agama kan tak bercakap dengan laki , tu yang malu gila tuu ! assembly kan campur laki pompuan . segan weh ! HAHA* tapi aku cool je , yelah , aku kan hensem :P

lepastu kitorang setiap malam kena baca surah Al-Mulk kat dataran asrama kitorang lepas balik prep . kadang-kadang kalau aku and kawan-kawan aku balik awal sangat , kitorang teros naik dorm . kadang-kadang aku saje je balik-balik teros tido . hehe , lepastu tak turun baca Al-Mulk . ada sekali tu , dorang buat announcement masa Al-Mulk ni , nama aku ada kena attend satu program kepimpinan ni , bila dorang cari , tengok-tengok aku takde . heh , kan dah kantoi ! sape ajar ? kakak dorm aku yang sangat cool ! haha :D

okay the end pasal aku .

sekarang ni aku nak tau , korang penah buat tak benda ni masa kat hostel dulu . *aku jumpa Questions ni kat fb , sape tah buat* jom share sikit ^^
 korang penah buat yang mana satu ? banyakkan ? haha , sama lah kita :P

# aku rindu SARJANA .
# tetiba teringat kat kak Syahadah , rindu dia ^^
# paling best masa spot check . kitorang yang bawak barang-barang haram ni punyalah excited dok sorok . hostel memang bising gila time tu ! best woo .
# sekarang aku tak taulah hostel aku tu cemana dah . tapi rasanya makin best !
# btw , hari ni birthday jeeyn . Happy Birthday Jeeyn Pyka ! ily . *bestfriend kat SARJANA*

kakak aku kata , " orang yang tinggal kat hostel ni lebih kenal erti persahabatan . " sebab dorang lebih banyak masa dengan kawan . kan ?

okay dah habis . Sorry , panjang sangat . thanks baca sampai habis . Have a nice day 

Comments

  1. alamak! I did ALL of tis last year in SERATAS.. =.=" hua3!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA . itu yang best tu kan ? bila lagi nak jd nakal , kalau bukan time sekolah kan ?
      seratas ? oh , sy sementas . sebelah seratas je ^^

      Delete
  2. i'm one of the jane ..
    ~hampeh tiq .. jane pggilnye ..

    ok rndu every singel moment dok kat asrama ...

    <3<3<3<3<3<3<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ? hai Jane ! haha :D korang kan penyabar , sanggup tunggu aku siap setiap hari . hehe :P

      haha , tahu takpe , aku rindu hostel aku yang penuh dengan peraturan tuuu :)

      Delete

Post a Comment