My Childhood Lifestyle - Penuh Dengan Law

Assalamualaikum .


Heyya guys ! meet me here again after few days i didnt update any entry here . well , for those who keep stay tuned , please grab this flyin' kiss from me now ! * okay , i realized i'm not a celebrity * 
so di hari yang indah ini aku nak cerita tentang zaman hidup aku dolu-dolu . hm , interesting ! well , zaman jadi budak kecik dah lama tinggalkan aku jauh kebelakang kan ? ini just nak remind and untuk bacaan anak cucu aku nanti ^^ * err ? *


zaman aku kecik dulu around tadika dan sekolah rendah , hidup aku penuh dengan peraturan . era tu adalah era aku menjadi seorang anak yang mendengar kata . yelah , nama pon budak kan ? aku rasa tak ramai yang hidup dalam peraturan macam aku ni masa era kegemilangan korang dulu kan ? so , below adalah antara rules yang mak abah aku buat kat rumah (",)


1 - No Television
my drawing .
okay , tak boleh tengok tv masa hari sekolah . start dari hari Ahad pukul 7 petang sampailah hari Jumaat lepas pegi sekolah agama . maknanya kat sini , boleh tengok tv tu hanyalah lepas balik sekolah agama hari Jumaat sampai hari Ahad petang ajelah . macam pakej hotel , 3hari 2malam , macam tulah kitorang ==' korang tau cartoon apa yang ada time tuu ? Power Rangers , Shin Chan , Doraemon , Naruto , Dragon Ball , BeyBlades , High Five , Prince of Tennis , Baby Looney Tunes  and beberapa lagi . 
yang atas ni la Baby Looney Tunes , aku rasa sekarang dah takde dah . sangat comel ye cerita dia :P  yang bawah ni pulak gambar Beyblades . betapa fanatic-nya aku dengan cerita ni sampai aku and abang aku sanggup beli beyblades ni . siap ada spare part lagi untuk tukar kalau-kalau beybaldes kitorang ni rosak . kecik-kecik dulu aku lagi rapat dengan abang aku , main sama-sama , menjadi perosak sama-sama , semuanyalah sama-sama . aku google lah cari gambar beyblades aku colour hijau ada kuning-kuning sikit * kuning-kuning tu bukan tahi gigi okay , tapi tak jumpa pulak lah nak show off kat korang . err sebenarnya , sama ada aku tak jumpa or aku dah lupa cemana rupa beyblades kebanggaan ku ini . hihi .


maknanya setiap hari Sabtu and Ahad kitorang akan bangun awal untuk tengok tv , takmau terlepas satu cerita pon . penah jugak aku bagitau mak aku , " asal hari sabtu ahad ni takde cartoon lain ? asyik yang sama je . " kesian tak ? lepastu the worst part adalah bila cikgu-cikgu cakap , " awak ada tengok tv tak semalam ? cerita bla bla bla " , kawan-kawan aku semua dah kecoh jerit-jerit ala Jane bagitau dorang tengok tv . yang aku ni cuma dok diam buat muka innocent . yelah , dah aku tak tengok tv , mana lah nak tau apa-apa kan ? cikgu-cikgu aku pon tahu aku takboleh tengok tv kat rumah .


undang-undang tak boleh tengok tv ni start setahun sebelum ( tahun 2001 ) kakak aku si Dayah ni nak ambik exam terbesar dalam hidup dia iaitu UPSR tahun 2002 . masa 2001 ni aku darjah 1 . and berlarutan sampai lah kakak aku habis SPM tahun 2007 . lepastu undang-undang tu bagaikan tiada guna dah kepada adik aku yang masa tu darjah 4 sebab kakak aku habis SPM so mestilah dia nak tengok tv , boring dok rumah . adik aku ni pon join lah sekaki . aku and abang aku masa tuu duduk hostel .


2 - No Junk Food
seriously junk food or carbonated drinks ni semua memang aku batak gila lah kalau jumpa . sebab mak abah aku tak pernah beli walaupon sekali untuk kitorang . walhal budak-budak kan suka junk food bagai ni kan ? makan keropok adalah benda paling heaven bagi seorang kanak-kanak kan ? tapi adik-beradik aku semua langsong takboleh makan benda-benda ni . memanglah benda ni tak elok , tapi sedap kan ? heh ==' . kalau ada maksedara ke , arwah aki or kawan-kawan dia bagi , kitorang mesti cuak gila , taktau nak ambik ke tak . yelah nanti kalau ambik , tau nya dek mak abah aku , maunya mati . kalau pegi sekolah agama pon , kat kantin tu adalah jual keropok bagai ni , tapi aku punyalah taat sampai takut gila nak beli , padahal time tu bukannya ada mak abah aku pon kat sekolah . kalau kawan-kawan bagi pon aku takut nak makan . taat kan aku ? main aim dia kat sini , mak abah aku tak nak lah otak kitorang ni semua ting tong sebabkan benda-benda mengarut ni . so nanti korang kalau dah anak tuu , janganlah bagi makan benda merepek ni . boleh lemahkan otak .


undang-undang yang ke-2 ni sejak kakak aku lahir tahun 1990 . tapi sekarang ni kitorang semua dah besar , mak abah aku takdelah kisah sangat dah . tapi yelah , sejak kecik lagi jarang-jarang sekali makan junk food tu buatkan kitorang ni semua sampai ke besar pon kurang makan jugak . macam dah terbiasalah . kalau keluar pegi Tesco ke apa ke , kalau aku lalu kat tempat-tempat junk food ni , aku pon tak berapa nak teringin sangat nak beli . makan tu makan lah jugak , tapi jarang lah . kalau teringin sangat pon , aku akan tanya mak aku dulu ,  boleh tak ? and mak aku mesti akan tanya aku balik , " nak buat apa ? * sambil muka kerut-kerut , kening bercantum * " hihii , okay lepastu aku pon , " takpelah , takpayah lah " .


3 - Mandi sebelum lampu jalan kat rumah tu menyala
ni contoh lampu jalannya . kat depan rumah aku ni ada satu lampu jalan . so kitorang kena mandi sebelum lampu tu menyala . lawak kan ? boleh pulak lampu jalan tu jadi penanda aras untuk kitorang ==' tak kira lah betapa khusyuknya kitorang tengah tv pon , kalau lampu tu dah menyala kitorang adik-beradik ni tak mandi lagi , alamatnya kenalah rotan T_T lampu ni pulak dia akan menyala takde timing sebab kalau hari cepat gelap , dia akan menyala awal , kalau hujan , langit gelap walopon baru pukul 5 petang time tu , dia tetap akan menyala sebab bagi dia , " hari dah gelap , aku kena terang kan alam " .
ni lah gambaran dia . comel tak ? aku lukis ni . okay takpayah buat muka annoying .
jangan takut , yang kuning-kuning kat lampu tu cahaya lampu yang menerangi alam , bukan HANTU :P
penah jugak sekali , eh tak beberapa kali sebenarnya kitorang mandi terlambat sebab kalut sangat tengok cartoon , lampu dah menyala tapi tak mandi lagi . bila abang aku sedar lampu dah menyala , kitorang semua lari laju-laju pegi mandi , semua masuk satu bilik air , mandi dua tiga titik air asalkan rambut basah , untung time tu mak abah takde kat rumah . elok mak abah dah balik , dorang tengok kami adik-beradik semua dah mandi (',') . kitorang pon senyumlah sebab tak kena rotan . haha , keji tak ? well biasalah , hidup kena pandai manipulate keadaan .


undang-undang yang ke-3 ni pulak , harharhar . sekarang aku langsong tak ikot dah ! hamek kauu ! sekarang ni lepas maghrib , pukul 12 malam , pukul berapa jelah yang aku suka , aku mandi . takde nya dah sebelum lampu menyala . 


okay , boleh imagine tak macam mana aku jalani kehidupan aku tanpa tv ? childhood ni sememangnya zaman kita rasa heaven-on-earth kan ? tapi takdelah terok sangat pon hidup takde tv . hidup korang zaman dulu punya pulak macam mana ?


okay cukuplah tiga ni aje undang-undang aku cerita . karang cerita lebih-lebih kang , kome pulak simpati kat aku . HAHA . so nanti sape yang nak ada anak tuu , ajarlah kome anak-anak kome tuu dengan undang-undang ni , banyak benefits dia . hidup pon lebih berdisiplin ^^


Have a nice day :)

Comments

  1. 1) betol ke tak leh tgk tv langsung ? Tak boring ke ? Huish, 3 hari dua mlm je tuh . (kalo saya, ta sanggup . :-) )

    2) no junk food ? O.o kalo kiteorang, mintk je dpt. (kekadang je lah. Takde lah smpi takleh mkn langsung .) tapi bagos lah, korang adek beradik ta mkn, bende ni pon tak bgoss jugk kn. :-)

    3) mandi sblom lampu depan menyala ? terernye korg . Kiteorang kadang2 mandi mlm, kadang2 langsung tak mandi mlm . :-D err, tdi ckp, korg tros masuk bilik air reramai ? Laki, pompuan ? Haha , :-D

    4) best lah entry nih . Psl zaman hidup budk2 . TAPI YANG TA BEST NYE, asyik diganggu Energy Saving Mode je . Asyik nk kne refresh banyak kali . -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay , jawab ikot number okay :)
      1 - haha , ha'ah , memang betol pon . mula-mula memang tak biasa , tapi lama-lama dah tak kesah dah . lebih kurang 8tahun jugak lah tak tengok tv masa hari sekolah ni , bila masuk hostel kawan-kawan ajak tgok tv pon kurang berminat .^^
      2 - yaa , tak elok untuk otak :)
      3 - haha , ha'ah . alaa itu masa elementary age je . hihii , dah besar maluuu la ^^
      4 - oh energy saving mode ni kononnya nak selamatkan bumi :P hihii , Go green . lepas ni takyah refresh dah , move je mouse tu nanti hilang lah dia punya screen hitam tu :)

      lastly , thanks you for visiting . feel free to be here again :) x

      Delete
  2. tiq..hidup hang waktu kecik sebijik mcm ak..haha...gilaa sme praturan kite..just mandi tu ak tak yah tgok lampu jalan la..hehe..tepat kul 7 kne mandi dah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha , yeke ? untunglah . susah woo nak jumpa peraturan cenggini . haha :D

      Delete
  3. hmm...memories..whatever it is i didn't feel bad about the rules. its for our own good :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'aa , memang pon . banyak benefit nyaa :) x

      Delete

Post a Comment